Monday, April 30, 2007

Humanity

Begitu pentingkah kuasa dan pangkat...

Sehingga menidakkan hak dan emosi manusia lain?

Thursday, April 19, 2007

aku tgh sedih. Tapi aku pon tatau apsal aku sedih. I think it is one of those time that you just have to cry. aku agak2 sbb dulu kat umich selalu breakdown... then mebbe somehow body aku dah used to crying at least once a month. So since dah lama tak nangis.. secara automatik aku akan rasa sedih. so skrang nih aku kena cari sebab laa utk nangis. How aar?

aku rasa aku ada satu masalah attitude yang aku pon tatau bila aku develop. Sedar2 jaa dah ada. aku cepat annoyed dgn org2 yang aku rasa tannak pikir jauh. pikir yg surface2 ja pastuh buat assumption ntah hapa2. aku tak kisah kalau dia buat assumption pastuh tak kacau aku. aku serius tak peduli. dari dulu lagik aku mmg cuma kisah bila assumption tuh mengganggu hidup aku.. dan paling aku kisah kalau ganggu proses pemakanan aku. aku takleh org kacau kalau aku tgh lapar. selalunya bila lapar, aku akan moody dan otak aku takkan berfungsi dgn baik. aku jadi teramat laa malas nak berpk. ok.. ok.. back to the main topic. Org yg tannak berpikir jauh.

Am not talking about org2 yg pikir apa dia nak buat 5 taun akan dtg. Bukan jugak org2 yang merancang masa depan or anything of the likes. Aku tgh refer bila org memberi komen kepada AKU mengenai satu2 isu. Kekadang komen2 derang yg seperti komen org2 yg malas pk or in denial boleh buat aku sentaps dan menyampah. Kalau aku yg meminta komen.. takpa.. aku tak kisah. Nih kalau derang yg out of the blue memberi komen... very the annoying ok. Plus.. why me??!!!

kalau nak ckp pasal bimbo moment.. tuh aku tak kisah. Aku pon ada jaa bimbo moment. ekceli.. aku slalu jaa ada bimbo moment sbb malas nak pk. Tapi bimbo moment aku dgn org2 yg baik dgn aku ja.. aku tak buat bimbo moment ngan random people ok? Especially dgn org yg adalaa aku terserempak dua tiga kali ja. It is so wrong and so awkward ok. Unless kalau org2 yg rapat dgn aku pon ada di tempat kejadian.. itu kes lain laa.

lagi aku menyampah bila org buat statement yg aku rasa fake dan tak keluar dari kepala otak tapi more like keluar daripada skrip yang dia selalu dengar or baca. Kiranya statement tuh bukannya hasil daripada proses pemikiran sendiri tapi daripada hasil bacaan or hasil dengaran.. yang diambil sebijik2... kira cam pre-programmed laa. Kira cam bila ada satu2 isu or subjek tuh.. dia ckp camtuh sbb mmg itu yg slalu org ckp or yg org expect dia akan ckp or kalau dia cakap camtuh org akan pk dia bagos.

okiehlaa.. sebenarnya aku menyampah ngan sorang jaa.. sbb dia buat statement ntah hapa2. adalaa sorang mamat nih aku selalu terserempak ngan dia bila nak dtg ofc,
or balek ofc or bila nak gi surau. Sekali dua, aku be friendly jaa.. tannaklaa menyombong. Plus.. aku rasa no harm pon. Tapi lama2 aku rimas.. sbb slalunya bila on the way balik from ofc aku tanak bercakap ngan sesapa except for few ppl yg aku suka berckp dgn. and aku rasa this guy selalu bring up crap topics yg aku rasa dia takda benda nak berckp sebenarnya tapi nak jugak ckp.. so tuhlaa sbbnya timbul crap topics.

And hasil dari borak2 semua... dia taulaa aku dulu blajar kat US (aku tataulaa apsal org tak abih2 lagik nak tanya aku dulu blajar mana? does it matter anymore? aku bukannya student pon lagi.. dah kerja.. tanya aku keja kat mana ja takleh ke?). Pastuh suewnya... ada satu hari tuh aku tetiba nak dress ayu2... so aku pakailaa jubah seluar nih.. terserempak plak ngan dia yg baru balik from semayang jumaat.. mmg tensen aaa. Sepanjang jalan tuh terpaksalaa berborak. Then out of the blue.. dia buat komen..

"Awak nih tak macam org2 yg balek blajar from oversea laa..."

aku tau apa maksud dia.. dan aku teramatlaa tak suka. Sebelum buat statement.. guna otak dulu boleh tak?

"apahal?"

"yalaa.. slalu saya tgk org2 yg balik blajar from oversea nih dah tak rupa melayu dah.. pastuh nak speaking memanjang... tak reti dah ckp melayu"

serius masa tuh aku rasa nak terbang and terus sampai ofis. Tak kuasa aku nak ckp apa2 dah dgn dia. Skrang bila ingat balik pon aku rasa menyampah laa yang teramat. yeah right... 'slalu saya tengok'. tengok katner? TV? tgk drama? tgk filem crita yusry balek from mana ntah terbangak sbb mesia ada KLIA? tgk dalam novel2?

honestly.. aku rasa menyirap darah jaa. Especially sbb aku believe... setiap org tuh unik sebab takda org yg berlainan yg pendapatnya sama on setiap isu. Tapi takkan ada org.. yg dia sorang jaa pk mcm tuh utk sesetiap isu. Maknanya.. akan ada org lain jugak yg akan berkongsi opinion or pendapat yg sama dgn dia... cuma mungkin utk isu yg lain mereka berbeza pendapat. Paham tak?

so.. kalau dia nak buat statement konon dia rasa aku lain sbb aku reti ckp melayu dan still dressing cam org melayu... mmg agak ntah hapa2 laa.. sbb there are soooooooooooo many others yg macam tuh jugak. Plus aku marahlaaa.. berani plak dia buat statement camtuh padahal dia should tau yg aku mesti ada member2 yang blajar kat oversea gak.. takkan laa aku kera sumbang kot kan? So.. by making that statement.. dia seolah2 mengutuk member2 aku jugak.. apa dia ingat aku nak reply something like ..

"hmm.. bukan semua org mcm tuh..." sambil tersenyum malu2? ieee.. tolonglah.

chisttt.. aku sebenarnya nak nangis.. bukan nak marah. ampehlaa.

Tuesday, April 17, 2007

Random

Bubble Island
Pete's Pinball
Eaton's Lounge
Eaton's Big TV
Kroger
Meijer
Briarwood
Birch Run
The Ride
Amtrak
Evanston
The Dude
MU
Pierpont
Blue Bus
Makcik Engineering Dept yg slalu PMS
Northwood
Homeless
Phi Sigma Rho
GEECS yg skema and perasan bagos
main2 petang
BBQ by the lake
Buy 10 small hot choc, get super big hot choc at ERC
abg ERC yg slalu bagi up to 9 free stamps
Italian Soda
McD's Fries
Rendezvous's Black Forest Cake
Shalimar's rice pudding
Makan free Islamic Centre
Lucky Kitchen
BBQ Chicken Manhattan's Pizza
Pakcik Makcik Jeru
Air selasih Pakcik Jeru
Geo car
Middle Earth
Nota Kuning
Cheat sheets
Blue Book
Slope belakang Baits I
Bursley Dining Hall
Angelo's Raisin Bread

Aku bosan sebenarnya nih.. moved by Alisa's latest entry... saja nak membuang masa list benda2 yg aku still ingat about AA... motif? takda motif.. aku bosan nak muntah tgh coding.. hehehe