ingatkan bila dah abis development, boleh work in normal pace. rupanya salah sama sekali. saya rasa, mereka nih semua gila. terlalu taksub dengan kerja, sampai lupa manusia adalah manusia. manusia bukan robot.
semalam agak memalukan. saya dapat call, diarahkan untuk bekerja. saya tengah makan kenduri dan mengendong nuha. saya sungguh marah. saya hilang kawalan. tetiba nuha dah kena pas ke abah nya. tetiba saya dah kat seberang jalan membebel2 on the phone. tetiba saya berulang alik lintas jalan sambil bebel2. pagi ni, masa tengah drive, baru saya tersedar, saya telah buat separa scene di tempat kenduri. disebabkan kerja. sungguh di luar jangkaan. ingatkan benda2 begitu hanya berlaku di dalam filem2. apa2 pon, ianya telah berlaku. semoga ianya tidak akan berulang lagi. alhamdulillah saya dah dapat keja baru.
saya tatau kenapa saya tak cukup jahat untuk buat bodoh dan tak angkat phone. saya tatau kenapa saya tak cukup berani untuk resign 24hours je, lagipon dah lama hantar surat resign, mengikut kata seseorang, kalau saya nak blah 24hours je pon tak apa, sebab dah lama bagi notis. tapi saya takut tak dapat gaji. tapi kalau tak dpt gaji, saya ada cara jahat untuk dapatkan gaji, tapi kalau boleh saya tannak buat kejahatan itu sbb saya budak baik. jadi saya konfius. konflik diri kaedahnya.
sekarang tensen juga. sebab saya tak boleh buat keja. sebab ada hal berbangkit. menyebabkan semua keja terpaksa dihentikan sehingga hal berbangkit diselesaikan. saya kecewa. sekiranya hal berbangkit hanya dapat diselesaikan pada pukul 5:00 petang. harus saya diarahkan berkerja malam. walaupon saya telah memaklumkan saya tidak dapat bekerja malam (saya tak suka kerja malam), tapi saya takut sekiranya saya dipaksa untuk bekerja malam hingga ke pagi. saya tak maaaauuuu. apa saya nak buat sekiranya itu berlaku nanti ya? haihhhhhh