Friday, July 30, 2010

i'm back!

ok setelah sekian lama mengabaikan blog ini, saya telah membuat keputusan untuk update dan kembali syok sendiri. Yeay!

Baru je tamat morning sickness.. alhamdulillah.. now just sakit2 pinggang, pening sikit2, loya sikit2 je... kira takdalaa sampai tahap tannak bercakap dgn sesiapa kan... hehehe

saya rasa nak buat entry pasal budget for newborn, tapi only applicable to those living in selangor/kl area.. yg lain2 pon boleh juga kalau rasa worth to travel...

Pureen Warehouse Sale, PJ (baju basahan, toiletries, etc)
pureen warehouse sale selalu buat 3 kali setahun, normally around Mac, July, November
sangat worth it untuk beli baju for 0 - 12mo. boleh dapat satu set less than RM10, dan ada juga yg less than RM5 kalau rajin membelek... TAPI kena sampai awal2 pagi (di mana saya selalu gagal) sbb masih byk choice dan tak ramai org. Kalau sampai lambat tensen sbb nak bersesak2. Awal tu mestilaa dalam lingkungan 8pagi. Sila tunggu depan gate, sbb kalau pak guard baik hati(selalunya mmg baik hati) dia akan bagi masuk awal.. jadi sgt syok shopping.

kalau dah alang2 shopping baju bajan tu (mostlynya sesuai untuk pakai hari2, tak sesuai pakai raya, tapi kalau untuk newborn, rasanya ada je yg cukup cun untuk dibuat pakai raya, that is kalau you all bukan taste GAP/GUESS segala.. hehe), bolehlaa shopping toiletries, bottles, bedak2, pureen liquid untuk basuh bottles, puting, etc

tapi not worth untuk beli bedding set, towels, socks, etc kot sbb rasanya boleh dpt lagi murah masa jusco sale.. apa2 pon please do your homework first pasal pricing before pegi warehouse sale... :)

mydear warehouse sale, Puchong (bulky items dan bedding set)
sama cam pureen, selalu buat 3 kali setahun; Mac - July - November (atau lebih2 kurang laa, kena selalu selak newspaper The Star)

sangat molek untuk beli bulky items macam walker, playpen, tricycle, etc. Kalau pegi first day, awal2 pagi tu, boleh dapat brg2 display yg best dgn harga pengsan, kalau you all muka berseri2 penuh cahaya bolehlaa cuba bodek uncle kat situ untuk dpt further discount (saya tak pernah berjaya, agaknya tak cukup berseri.. :( )

saya pernah dpt 2 in 1 display walker dgn harga RM70 (rasa kembang kempis hidung, sbb ramai beratur dok tunggu kalau2 saya tak jadi amik, mesti mereka jeles.. haha), harga asal RM200++

ada org pernah dpt display carrier dgn harga RM30

dan saya pernah nampak car seat yg sangat gebu siap dgn safety bar dgn harga RM100 (saya nak amik, sekali rupanya dah ada org cop, mesti kembang kempis hidung dia melihat kejelesan saya). Tapi saya berjaya dpt harga car seat lain (2 level safety belt without safety bar) dgn harga RM100

tricycle yg selalu RM100 - RM200 tu saya dpt dengan harga RM60

playpen tak ingat berapa, tapi rasanya RM100 kot, playpen dia cantik

Metrojaya Warehouse Sale, Stadium Shah Alam (baju jalan2)
yg ini tak tentu berapa kali dibuat setahun, ikut suka hati derang je, yg ini pon kena pergi first day kalau nak seronok tgk baju.

selalunya good deal on Disney, WOC, Poney brand. Boleh dapat rega RM5 - RM10. Kira ni another option kalau malas nak ke Hytex Warehouse Sale yang jauh nun di Kepong

Ada juga yg suka belek2 section Reject Shop, dgrnya byk good deals on GAP rompers.. am not a fan of rompers, so tak pernah jenguk this section

On another note, kalau gigih pergi beratur potong riben, boleh serbu section Perfume... harga tahap hilang akal. Saya bukan penggemar perfume, so tak pernah pegi jenguk.

JDay (Jusco, memana jer)
lepas dah abis beli2 barang kat warehouse2 sale di atas, kalau ada lagi yg tak beli, bolehlaa pegi shopping masa JDay sambil kumpul points dan free voucher :D

Sogo Member Sale
kalau sanggup masuk ke KL, dan sakit jiwa masa nak parking dan keluar parking, bolehlaa pegi jengah member sale kat SOGO (kalau maybank cardholder pon boleh, tapi kalau member SOGO leh dpt free voucher). Tapi nak shopping kat SOGO, wajib buat homework pasal normal price dulu, sbb tak semua barang betul2 murah, SOGO suka ngelat

ok tuh aje dulu... nnt rajin saya buat entry pasal checklist pulak yer dan budget