Thursday, February 19, 2009

pissed

weekends at ****? sory laa... aku dah nekad tannak membodohkan diri lagik kena pijak and being treated like shit and not being appreciated for all the hard works.

shoot me if they have to. i won't come over this weekend. siap tak siap, lantak korang.. malas aku nak amik tau dah... dahlaa tinggal aku sesorang. kalau takda nuha, maybe aku terima je... tapi sbb ada nuha, sory naik lori laaa.

Tuesday, February 17, 2009

relieved

finally... dah abis development... yeaayyy!!!! lega sgt rasanya...

so now, tunggu for UAT (user acceptance test).. konfem ada bug... jadik, in the meantime aku try buat sendrik test untuk kurangkan bug... hopefully lepas nih leh keja on a normal pace... no more weekends at ****...

stress. project nih mmg sungguh meng'stress'kan aku... especially at the early stage... sbb semua huru hara... BIG mess.. sebab semua tak clear about the project.. no process flow, no system design... cuma ada user requirement sahaja... and they expect me to study the SRS and decide on my own... to make things worse... without all that stuff, development dah kena start.. on the first day I return after maternity leave... terkejut haku hokkaayyyy... seb baik dah abis pantang... kot tak mau meroyan dibuatnyeeerrrr

terlalu banyak flop dalam project nih.... semua sbb memasing tak da cukup experience (yours truly included)... tapi yg bestnya.. sbb aku nih kuli, so semua dicampaknya ke aku... but the good thing is... banyak yg aku belajar.. cuma sekarang part yg lemah sekali nak kena setelkan SDS... aduhai....

still... can't believe that I actually completed the task.. and finally got the chance to make friends with java. At least now I can claim that I know how to use websphere, and know the diff between java, jsp, js... though still unclear about j2ee...

oh well.. back to testing!!! daaaaaa.......

Monday, February 16, 2009

kesian dia...

terpaksa blog pasal benda nih...

sebelum nih pernah terasa nak blog pasal isu nih... tapi takda event berbangkit sebagai pemangkin..

beberapa saat yg lepas, telefon bimbit saya berbunyi...

suara perempuan, cara dia speaking, saya membuat kesimpulan dia berbangsa melayu...

dia speaking nak mintak email.. dia daripada satu company yg glamour nih. terpaksa dirahsiakan.

saya pelik, kenapa company nih nak mintak email saya... so saya speaking baliklaa... tanya kenapa nak email saya, untuk tujuan apa.

lah pulak, tergagap pulak dia nak explain, rimas saya dibuatnya. ada masa saya terpikir, entah2 dia tak paham. kesian dia.

saya tak paham... company itu, company gomen. bukan MIDA. cakap ajalaa bahasa melayu. awak melayu. saya pon melayu. mesti dia tau saya melayu sebab nama saya sungguh melayu. lainlaa kalau nama saya Tiara Jacobs.

jadi, akhirnya dia ckp, dia akan bertanya kepada bos dia, kenapa perlukan email saya. masa mula2 saya tanya, dia cakap untuk isi borang, saya tanya borang apa, dia pening pula. aduhai... kesian dia.

ni mesti kes bos dia nak mereka semua speaking. tak pahamlaa saya. kita tinggal di negara Malaysia. Bahasa Melayu adalah bahasa pertama. kenapa perlu takut2 nak gunakan bahasa melayu? selalunya bila terjadi kes yang sebegitu, saya akan cakap aje dalam bahasa melayu, tapi tatau kenapa tadi saya terlupa untuk berbuat demikian... kesian dia.

pada saya, bahasa inggeris perlu sekiranya untuk berkomunikasi untuk mereka yang tak paham bahasa melayu. Bahasa itu sendiri tercipta supaya kita boleh berkomunikasi antara manusia. Sekiranya tak dapat berkomunikasi, maka gagallaa fungsi bahasa itu. Dengan mempelajari lebih banyak bahasa, maka kita dapat berkomunikasi dengan lebih ramai manusia berbilang bangsa.

Tapi sekiranya kita gagal berkomunikasi dengan manusia sebangsa kita kerana kita cuba berkomunikasi menggunakan bahasa asing... tidakkah itu sesuatu yang pelik?

Tuesday, February 10, 2009

Happy!!!

good news. Got an interview on 26th Feb.

So happy that I actually have to blog about it!

lalalalalalala.. makes me feel like singing this song:

Tanya sama pokok, atas ada beruk,
beruk isap rokok, terbatok batok

apa boleh buat, taik kambing bulat bulat,
boleh buat ubat, cap orang kuat

mmg takda kaitan ngan interview, tapi sbb baru blajar last nite from hubby... and the song = happy song.. so since am happy, the song seems relevant laa... but instead of 'kambing', i want to use 'company name' instead.. hahahaha (yes, it's funny)

but quite nervous coz i desperately want to nail this job. From past experiences, when I really want the job, I'll be stupidly nervous during the interview, and the result is disaster. They want some C++, and it has been 4 years since I last practice c++... and that was during college years.. so no experience using c++ in real projects. real as in during career years.

anyhoo.. will try my best to prepare for the interview... got to nail the job... have to!!! wish me luck....

p/s: saintis kreko, still berminat ngan job comp member ko tuh... aku dah tinggal private comment kat blog ko, nnt kita discuss further kat email laa ek... tq pak cik!! :D

Thursday, February 05, 2009

to stay or not to stay

Setelah dilayan seperti kuli batak since the first day aku keja lepas maternity leave, aku decided untuk resign (2 months notice). Bukan sebab keja sebagai kuli batak je.. tapi byk reason2 lain lagik.

Make it short, kalau semua org nak stay, and aku nak blah, then there's something wrong with me laa. Tapi kalau semua org nak blah, and aku plak nak stay... there's something wrong with me and the company laa. Paham ke?

tapi dalam ekonomi yg tak berapa menarik nih... aku agak takut2. Actually nya... sekarang aku patot keja bersungguh2 sbb keja sangat byk. Tapi since baru lepas dpt call from agency, buat aku terfikir jap pasal nak resign or tak nih. Yerlaa, dia ada mention sekarang susah nak dpt keja, so jgn laa demand sgt (chistt.. aku rasa aku takdalaa letak expected salary tinggi mana pon... standard biasa2 je). Bila dah dia kata cenggitu, risau plak aku... sekarang nih aku hantar surat resign tapi still tak dpt keja baru lagik... reason: sbb company tgh aim new project yg lagi tak unrealistic from the current one. so confirmlaa kena keja cam kuli batak lagik.

Tannak dah aku... hari2 amik nuha lambat... angkut nuha dtg opis buat keja weekend, tinggal nuha kat umah parents/in laws... ieee... tannak dah aku. so, aku nak benti jugak... tapi sekarang dalam dilema... boleh ke dpt keja? aku ckp ngan khalis... rezeki ada di mana2... worst case scenario, aku keja kat hypermarket jer laa kot... boleh ke?

Thursday, August 07, 2008

kereta, ann arbor dan baby

"apa benda tanah kat belakang kereta tuh?"

tuh sms yg khalis hantar kat aku pagi tadi. aku pelik laa, tanah kehapalaa plak. Sekali masa nak pegi opis, aku usyalaa belakang keta nak tgk tanah pemenda. Rupanya bukan tanah. Tapi cam rupa muntah je. yup... muntah.

..............................

........................

.......

hwaaaaaa!!!! ada muntah kat belakang keta aku!!! yerlaa.. mmg keta tuh dah kotor giler pon... ntah bila nak gi basuh, asyik delay jer... nak buat camna... dah umah bukan atas tanah... takleh laa nak basuh membasuh... aku rasa tuh muntah kucing, agaknya bagi sign suruh kitorang gi cuci keta cecepat sbb dah huduh sgt. so harinih aku akan singgah memana auto car wash and cuci.

One of the reason aku tak suka hantar pegi car wash sbb aku cerewet. Aku nak gi tempat yg bersih and murah. Bersih as in org yg mencuci tuh baju dia cam bersih and dia pon cam bersih and jaga kebersihan. Ada satu kat pasar shah alam... tapi tuhlaa... asyik delay je nak pegi.

Reason aku cari yg bersih sbb aku tak suka sebarang orang duduk kat driver seat... kiranya kalau aku tgk baju dia kotor smacam, hitam smacam.. pastu dia pon sama slebet smacam nnt aku terbayang2 semua germs tuh merebak ke seat keta, ke stereng keta dan seterusnya sampai kat aku jugak.

tapi aku dalam proses untuk menerima laa... sbb cam lagik senang hidup kalau aku terima ja. Same case gaklaa before this memana bag or barang2 yg dah diletak atas tanah or atas jalan tar or atas lantai parking, kira kat tempat org pakai kasut laa.. aku takkan letak atas seat keta. tapi since kawen it seems that payah aku nak control khalis untuk amalkan benda yg sama gak... so lelama aku redha laa... plus aku takda reason yg cukup kukuh untuk khalis ikot pantang larang aku tuh.

tadik dpt call from pakcik aku. cousin aku nak fly gi states esok.. so dok tanya aku macam2 laa... mesti dia excited sama macam aku excited masa nak fly dulu. Or mungkin juga tak.. sbb masa aku nak fly dulu ada gak yg nangis2 kat airport. Aku dulu excited gila.. tersengih2 kat airport. Pastu aku gatal tangan gi usya web Penn State (cousin aku gi situ bersama2 dgn 42 other malaysians.. gila ramai kan??!!). Tetiba aku terkena ann arbor blues balek... chist. Ntah bila laa aku akan ada chance untuk visit Ann Arbor... tapi skrang kalau pegi mesti tak best sgt... aku suka jejalan masa spring... fresh air and weather yg super duper best...

harinih aku masok after lunch... half day... sbb pagi tadi sakit pinggang/blakang... so aku malas nak drive... smalam dah experience dirve masa tgh sakit pinggang/blakang.. gila tak best. Berdebar betol nak merasa camna sakitnya contraction. Skrang bila kena Braxton-Hicks contraction pon aku rasa dah sakit... kalau the real contraction tataulaa camna.

plus kaki aku dah bengkak... ingatkan takkan bengkak. Gila buruk rupanya bila kaki bengkak. Plus sakit. Aku dah takleh jalan lelaju.. kena slow ala2 gadis ayu. Kalau laju sikit samada kaki aku sakit or sakit kat vagina. Ngilu and kekadang rasa cam sakit yg menyucuk2. So aku rasa cam nak start awal jer cuti.. most probably Isnin depan.. tak larat nak tunggu Rabu... dah naik malas nak drive and berlenguh2 kat office nih.. kot ada bilik yg leh baring2 takpa gak.

barang baby dah abis shopping. Kot. Hopefully laa... sbb aku dah pokai dah nih. Benda last beli: breastpump.. Spectra 3. Perasaan yang sungguh best bila akhirnya berjaya beli spectra 3. Dah lama gila aku tak beli gadget... last one would be my Casio Exilim... bought in 2005 rasanya... gila lama kan? 3 taun tuuuhh before aku beli new gadget. Am so proud of myself. Hnnsssss

Wednesday, June 18, 2008

budget oh budget

actually smalam aku ada buat new post, letak layout budget aku lepas rega minyak naik... tapi cancel sbb tak jadilaa nak exposed and let ppl know brapa aku save every month... heheheh

anyhooo... aku still nak komen sket pasal layout budget yg dinna quote from

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/8873/84/

QUOTE
” I used to earned RM 3800 back in 2005 and I am already barely make it.

Salary RM 3800
EPF/Tax/Sosco RM 600
Petrol RM 300 (my office is in Shah Alam and I stay in Bandar Utama)
Toll RM 60 (RM 40 for 5 working days, RM 20 to travel out to places)
Parking RM 40
Car Service RM 100
Food RM 500 (working days - 20 days in a month, breakfast 5, lunch 8 and dinner 12)
Food RM 200 (weekends)
Car Installment RM 700 (I am driving Proton Wira manual 1.3cc)
Parents RM 200
Sister RM 100
Insurance RM 300 (car and medical insurance)

UNQUOTE

aku quote sket jer.... lelain summary:

1- dia single, stay with parents

before that.. aku nak tegaskan... yang aku tau mmg ada org barely survive even with high salary... tapi contoh layout budget di atas nih aku rasa agak ridiculous laa...

honestly.... naper food on weekend leh cecah sampai RM200? tak ke ridiculous namanya tuh? plus stay with parents? kat rumah tak pernah masak ke? everynite eat out? RM12 sorang? aku ngan khalis pon selalu eat out... makan boleh tahan mewah gak... tak pernah cecah RM10 sorang.... aku pon stay kat Shah Alam gak... siap ulang alik shah alam - kl lagik, keta 1.5.. auto plak tuh...
tapi bila aku calculate balek budget tuh.... sum up to RM3100 je... tak sampai RM3800 pon... hehehe

anyway... pasal gas naik nih aku rasa agak ridiculous nak boikot sana sini and what not... and lagi ridiculous bila ada yg refused untuk ubah cara hidup and berkeras nak kerajaan rendahkan harga minyak... malas nak komen byk.. takot nanti naik plak BP... hehehehe

aku pon kekadang rasa sesak gak... tapi selagi every month leh ada savings... then aku kira okiehlaa tuh.. plus, bila benda2 dah melibatkan global nih payahlaa aku nak ckp byk... unless laa kalau benda tuh melibatkan mesia je... contoh: rega tol

cuma pada aku.... selagi org tuh mampu lepak minum starbucks, mampu shopping baju, kasut baru even though still ada baju, kasut yg elok dipakai, mampu travel sana sini, mampu keluar main bowling, tgk wayang, mampu makan eskrem baskin robbins, mampu lepak exclusive restaurants, mampu pakai aircond, mampu langgan astro, mampu pegi saloon, spa and what not... then aku rasa their life is not that bad at all... takdalaa sesak pon... count your blessings... insyaAllah rezeki itu ada di mana2..

Wednesday, April 16, 2008

@&$*^@&$%^

I hate him... I HATE him... I HAAAAAAAAAAATEEEEEEEEE HIM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

you;re so lucky that i'm pregnant.

Monday, March 31, 2008

Drama King

Adeih... selalunya aku boleh ignore je kalau ada colleague yg memenyampahkan... or paling2 pon aku just bising2 to my girl friends jer... tak pernah lagilaa seingat aku .. aku actually blog about it. Tapi kes nih mmg kronik... and sangat memenyampahkan coz this particular colleague nya cubicle seblah aku jer.. and EVERYTIME dia masok opis konpem kecoh.. coz he's the kind that make an issue out of EVERYTHING(well.. almost). Even nak berak pon satu opis kecoh... aku peniinnnngggggg. Tapi before this aku leh cope lagiklaa... sbb aku ada headphone... so everytime dia masok keja je.. aku pakai headphone and pura2 tak dgr apa2 benda yg dia ckp or bebel.. so agaknya dah slalu sgt dia nak bercerita tapi aku buat2 tak dgr.. lama2 dia pon malas and tukar target to another colleague of mine yg duduk setentang ngan dia...

tapi yg buat aku bengang harinih... sbb taktik aku utk tannak layan dia bebel gagal... sbb dia dgn beraninya pi ketuk lengan aku semata2 nak suruh dgr citer dia dpt job offer dari competitor... actuallynya dia bengang ngan big boss... so point dia simple je... nak citer laa yg dia dpt offer job lagik bagos and the big boss should watch out and jgn memain ngan dia (yer... dia ckp macam tuh). Aku serius malas giler nak layan... like i care laa kan.. dah org pakai headphone tuh paham2 jerlaaa org malas nak dgr... boleh tak gi tepuk2 lengan plak nak suruh org dgr citer ko... dahlaa ko tuh lelaki.. kecoh tol.. sungguhlaa tak kelelakian. Dahlaa tak pernah reti ckp slow2... asal bukak mulut satu opis boleh dgr... pastuh bebel tak brenti... pening kepala aku.. lama2 agaknya boleh pekak aku nih sbb makin hari makin kuat volume itunes aku.. ieee...

Monday, March 17, 2008

wishlist

Baroque
Persona 3
Disgaea: Hour of Darkness and Disgaea 2 (yg nih cam kena order from the states je.. huhu)
Arcana Heart
Bully

Sunday, March 16, 2008

ps2 and politic

one thing yg aku miss pasal stay in US is that kalau terasa nak main game lama2... no hal jer.. konpem ada yg jual... so tak kisahlaa ko ketinggalan setaun dua.. takda hal nya..

tapi kat mesia nih kena cepat and sentiasa up to date... kalau terlambat... mampuih laa nak carik unless game tuh glemer gila laa kot.. tapi God of War pon dah takda jual skrang.. yg ada GOW2 jer... uhuhuhuhuh

ampehlaaa... sedih betol... mana laa aku nak carik game2 lama nih... nak beli yg ori from the states not sure laa worth it or not... yerlaaa income in RM maa.. kalau income is USD lain lerr crita... uhuhuhuhu

even game utk GBA yg lelama pon dah takda... sedih nyerr... game2 baru cam takda yg menarik.. yg menarik sumer utk DS .. takpon utk PS3 ... ouwhh.. speaking of DS... ntah camna the other day aku termimpi ada game boy baru... rupa luaran ala2 GBA SP, tapi bila bukak.. jadik 3 screen tuuuhh.. bukan double lagik dah.. triple.. lawaaa lak tuh... tapi mimpi jerlaa... heheheh

crita lain plak.. pasal politic kat mesia nih.. aku rasa Politician nih byk yg tak pk dulu laa before ckp... aku pon slalu gak tak pk dulu before ckp.. tapi aku bukan politician maa... and aku tak ckp sampai satu mesia dgr maaa... ini org2 politician tarak tau rasa malu kaa? aiyaaa... memula kes LKS, pastuh shahidan plak... haiyaa... memula BN kata kan BA... now BN pon sama jer... in fact, BN nih tak reti2 nak blajar muhasabah diri ker.. cubalaa duduk dediam and perbetulkan apa yg tak betul dulu.. ini sebuk jeerrrr nak tuding2 jari silap org lain... haiyaa..... PRU13 nnt ntah camna laa agaknya...

Thursday, March 13, 2008

the aftermath

ilmu politik aku cetek jer... so i won't say much about what's happening to the country right now... but one thing for sure am not happy with what's happening in Penang and Perak..

even pasal DEB pon takleh ckp byk sbb aku tatau apa yg betol2 terkandung dalam DEB.. but i do believe terhantarnya aku ke ann arbor under scholarship JPA adalah salah satu drpd manfaat DEB... tataulaa betol ke idak... and i don;t think i like the idea of 'Malaysian Malaysia' either....

Monday, February 25, 2008

caca marba

1 - saya terkejut bila khalis crita ada some of his lecturers yg insult student depan2 kelas... ada setengah siap baling2 dusters. tataulaa kat univ lain camna... but seingat aku dulu.. tak pernah lagiklaa experience lecturers treat students camtuh.. dahlaa lecturer yg buat prangai camtuh bukan title prof pon... aiyoohh. kalau setakat bagi negative remarks on your works tuh yerlaa kan... tapi insult macam 'awak nih dah kronik' ... and ayat2 perli2an yg semakna dengannya cam tak sesuai je kluar from mulut seorang pendidik especially lecturer laa...

2 - saya sgt nak benti keja sbb saya sgt tak larat nak travel pegi balek dan saya miss nak minum2 ptg di rumah. plus sejak syarikat ini berkembang... syarikat ini dah jadik tak best. tapi disebabkan saya ada liabiliti - kereta dan juga expecting ahli baru in the family this coming august... makanya saya terpaksa berpk byk kali sebelum benti. tapi rasanya saya akan benti jugak keja and start looking for a new job.

3 - pada hari jumaat dan sabtu yg lalu bersamaan 15 dan 16 februari 20008, syarikat telah menganjurkan aktiviti team building di colmar tropicale, bukit tinggi (boring giler tempat tuh weihss... toksahlaa pegiiii.. cameron lagik best). yg bosannya team building tuh lebih kepada nak motivate bebudak sales je... kitorang yg lelain nih ala2 watak sampingan yg terpaksa join aktiviti berunsurkan sales yg tak best. tapi ada one part yg saya takleh trima and takleh lupa... ialah apabila MD saya buat statement.. bebudak sale pasnih kena add 'Personal Touch' bila deal ngan client... huh? 'Personal Touch'? aiyooh....

Wednesday, November 14, 2007

wedding part 1

byk benda nak citer... tapi biasalaa.. bila dah byk benda pk... terasa malas nak type coz dunno which one yg nak di story mory

byk gak yg ckp aku nih kawen mengejut.. mostly nya member2 skolah yg jarang keep in touch / tak pernah keep in touch... sbbnya aku takda berita tunang or tempek2 gambar kat friendster. Aku nih paranoid sket.. matter of fact... there were times yg aku rasa aku nih takleh ckp byk about benda2 yg belom jadik.. otherwise, benda tuh takkan jadik. And aku takleh terlalu berharap for something to actually happen.. otherwise benda tuh tak akan jadi. So masa nak berkahwen nih pon.. aku mmg malas nak ckp banyak and try not to be so excited of it... coz aku risau kalau benda tuh tak jadi... everyday mesti doa mintak Allah jauhkan dari perkara2 buruk and mintak2 semua berjalan lancar.. tatau apsal aku risau sangat.. am just worried. Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz, sah jugak aku jadik bini orang pada 26 Oktober 2007 lalu. Tuh pon masa dengar khutbah nikah, penat aku mintak doa moga2 aku boleh jalan lepas bangun from bersimpuh. Giler kebas kaki weiiihh... sebelah kaki aku mmg tak rasa apa aa.. numb abis. Tapi ntah camna.. biler lepas abis lafaz tuh, kaki aku berpeluh and pastuh dah ilang kebas... seb baek... huhuhuhu

Ah yer... to those yg tertanya2... aku takda majlis tunang... but masa merisik arituh dikira tunang sekali aahh... on 11 Februari 2007.

Sebelum majlis... aku dok tunggu gak biler agaknya aku akan gaduh besar ngan khalis sampai terasa cam tannak kawen... tapi takda lah plak. Gaduh besar samapi nak break mmg pernah.. tapi tuh before bertunang.. huhu. Still... perasaan almost tannak kawen tuh mmg ada. I know am not good at doing house chores. Aku nih pemalas. Tau sangat. Malas masak, malas basuh baju, malas sidai baju, malas iron baju, malas bangun pagi. Aku juz rajin kemas rumah and cuci mencuci jer. Knowing that after kawen aku takleh malas2 lagi... agaknya tuh pasal aku takot. Seb baek lepas kawen ntah camna.. aku leh terajin dgn sendirinya.. tuh pon takdalaa rajin nau... seb baik khalis jenis ringan tulang... hubby aku rajin buat keja umah, basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, siap tolong masak lagik... jgn jeles.. muahahahahaha. Tataulaa sampai biler dia nak rajin nih... so better enjoy it while it lasts kan? hehehehehe.

Best kawen nih.. terasa cam baik jer aku nih... macam baru lepas balek from kem motivasi.. hehehehehe. Slalunya kalau lepas balek from kem motivasi/summer camp, paling lama aku jadik budak baik (rajin, tak terbabas solat dan pelbagai ciri2 budak baik yg lain) 2 minggu. So skrang nih tataulaa brapa lama aku akan jadi budak baik.. wait n see jerlaa... lalalalala

Nanti sambung part 2 plak.. tata

p/s: saya belom pregnant.. =)

Monday, November 12, 2007

........

last weekend aku ngan khalis nak masok kl.. sbb tak pepasal nak kena gi antar kunci kat bos kat opis. Mula2 tak kisah je... ingat masok kl jap.. then tros nak gi bandar kinrara sbb nka ngangkot brg from umah kak aku (me and khalis dah pindah masok umah baru kat seksyen 8.. yup, to those yg tatau kitorang dah slamat nikah on 27 October yg lepas.. =) ). Skali baru jer lepas tol federal shah alam.. dah nampak sesak.. kitorang dah cuak.. ingatkan jam terok.. sekali nampak pendek jer... rupanya road block.. lepas tuh dah smooth balek laa traffic... sekali adalaa dlm 1km ahead.. dah start sesak cam #$%#$^@$^@$^@#$%. Aku punyalaa pelik sbb time tuh baru pukol 10:30am camtuh.. apa kehal nak sesak camtuh plak... rasanya weekdays pon takdanya nak sesak time2 camtuh. Lama gilerrrr jam sampai ke motorola bridge haaaa... rupanya ada another road block kat situ.. aku ngan khalis masa tuh lupa langsung pasal rally Bersih tuh.. kitorang ingat... polis try nak jejak penyangak big taiko ke... ingat pastu dah okiehlaa.. skali jln byk tutop ler plak.. ngan public open house dekat2 area istana budaya tuh.. hangin betol laaa.

After lunch ada open house lak... Khalis nya colleague kat shah alam... kat situh aaa kitorang tgk news pasal rally and jam sesak tuh... hampeh sungguhlaa. Bukan hampeh org yg join tuh... sbb aku tgk biasa je derang.. takdalaa merusuh ke apa.. nama pon perhimpunan aman... ntah apehal glabah benar polis sampai buat road block tak ingat nya. Masa open house tuh sorang colleague Khalis from KL citer... polis siap tutup 2 lane (tak ingat from KL or from Shah Alam) kat federal yg dekat simpang motorola bridge tuh... dia main rentang keta polis Waja jerr nak block 2 lane.. and bukak fast lane jer.. bangang tak bangang??!!! Rally kat KL laaaaa !@##%$^%&... yg gi buat road block sampai ke motorola bridge buat ke hapeeeeerrrr?? nyusahkan org betoiilaaaa.

serius laa tak paham naper derang nak bt road block sampai nyusahkan org... man2 dahlaaa... bukannya ada rusuhan pon... takda org gaduh2... takda bawak2 parang2... last2 bley lepas jugak memorandum tuh.. haper ntah.. kat Cari Forum ada orang tempek gambar2 masa rally.. giler ramaaaaii org.. cam semut... derang kata 40k ... kalau lebih pon possible... sbb seriussss cam semuuuuttt... penuh giler... huhuhuh

Sunday, August 05, 2007

Bahasa Malaysia?

Hari nih aku baca utusan online... kat ruang forum ada org ckp pasal komen sorang student indonesia kat malaysia nih.. pasal penggunaan bahasa melayu/malaysia yg kurang kat mesia nih. Walaupun takdalaa terkena gila... tapi sipi2 nya tuh adalaa. Tapi yang paling sedih, sebab aku pernah terpk pasal benda tuh, tapi aku buat jugak... takdalaa all the time, tapi kekadang tuh yer. Nak guna 100% bahasa melaysia tuh cam dah jadik payah.. mesti ada gak selit2 perkataan english sana sini.

Paling obvious sekali aku rasa, bila byk keluarga zaman sekarang berlumba2 nak ajar anak ckp english kat rumah.... aku rasa benda tuh tak perlu. Lagi perlu ajar anak tuh ckp bm... supaya dia tak memalukan diri sendiri sbb tak fasih berbahasa melayu mcm Sharifah Amani. Aku rasa kalau aku kat tempat Sharifah Amani, sungguh memalukan sbb ko terpaksa bercakap bahasa inggeris sbb ko tak fasih cakap bahasa melayu, sedangkan ko warganegara Malaysia, dan mengaku anak melayu. Di depan hampir seluruh rakyat mesia pulak tuh. Sayang, sbb ayat dia disalah tafsir, dan org lebih memberi perhatian kepada tafsiran yang salah tu daripada masalah yg sebenarnya.

Sedih... bila seseorang yg mengaku melayu, berterus terang tak fasih bahasa melayu dan lebih fasih berbahasa inggeris, ianya dianggap kelakar. Tapi bila seorang yg mengaku melayu, tak fasih berbahasa inggeris, dan fasih berbahasa melayu, ianya dianggap memalukan. Same goes to org cina ke org india ke... sama jer.

Sedih.... bila seseorang yg fasih berbahasa inggeris, dan sentiasa bertutur dalam bahasa inggeris, dia dianggap golongan berpelajar dan taraf yg lebih tinggi. Tapi bila seseorang yg sentiasa bertutur bahasa melayu, dia tidak dianggap sebegitu.

Sedih.. bila dah terang lagi bersuluh aku nih seorang melayu, dan org yg menegur pon terang lagi bersuluh seorang melayu, tapi aku disapa dalam bahasa inggeris, aku pelik. Kenapa tak bertutur dalam bahasa melayu je? Nak kata dia kena praktis bahasa inggeris, fasih jer aku dgr. Pada aku kepentingan bahasa inggeris ialah sebagai bahasa pengantar, bila ko nak kena berkomunikasi dgn org yg tak faham bahasa pertama ko atau org yg mmg tak fasih berbahasa pertama ko. Malangnya, sekarang nih banyak sungguh org melayu yg tak fasih berbahasa melayu dan lebih selesa berbahasa inggeris. Bukan melayu je, org cina, org india pon sama jer aku tgk. Aku tak paham dan aku sedih.

Lagi aku sedih... kalau ada org yg baca tulisan aku nih... akan mengatakan aku kolot... sangat sedih... bila agaknya org Malaysia akan sedar? Bila agaknya kita akan betul2 merdeka?

Tuesday, July 10, 2007

Caca Marba.

hari khamis lepas, aku almost menjerit kat sorang student aku.. seb baek berjaya kontrol. Silap gaklaa.. gi ngajar pas balek keja... tense keja... pastuh bila student blur... rasa nyirap jerr darah.

Tapi seriously rasa nak nangis bila sorang student aku tuh tak paham. Nak nangis sbb aku dah tatau camna nak bagi dia paham and ingat. Benda simple je... camna nak carik density... Volume bahagi Mass... tuh ja. Aku dok repeat bendalah tuh maulaa dekat berpuluh kali... density = Mass/Volume...5 min jer dia ingat.... 15 min pastuh kalau aku tanya balek camna nak kira density.... dia blur... hwaaaaaaaaaaaaaaaa. Aku rasa nak hantuk kepala kat dinding. Dia sorang je yg problem.. bebudak lain okieh... dia sorang jeeerr.. aku cam lost gila.. apa masalah budak nih. Dia berangan ke apa? Masalahnya i was talking directly to her... siap ada feedback bagai... then bila tanya takleh jawab.. aku peninnnngggggggggg.

pastuh bab keja pon tensi gak... dulu masa kat umich... masa major design.. bila projek tak jalan, or ada error... kitorang kaver2 laa masa nak demo.. bukan prof tau pon... huhuhuhu

tapi now... derang testing macam nak rak... tensen haku!!!!! hwaaaaaaaaaaaaa.... tester sesorang gatal tangan... pressure aku tgk result testing... sesak napas tol. Pening kepala.. buat aku rasa aku tannak keja lama kot bab nih.. keja jap2 dahlaa.. sakit mental tol keja... but no regrets laa... puas ati laa leh keja apa yg aku nak.. just that aku rasa takleh keja lama2..

then.. about umich. Aku taklehlaa.. everytime org crita bab umich je... mesti aku jadik rindu balek (yer elly, aku gi baca blog ko). Dah dua kali aku mimpi aku kena hantar pi umich sambung balek blajar secara free.. melompat2 bila sampai... tergedik2 nak pi kroger.... ntah pape ntah. Walaupon kalau ada org nak offer aku sambung master ke oversea.. aku tannak pi us dah... aku nak pi europe lak sbb tak penah sampai europe lagi. Kadang2 aku rasa Khalis pon dah naik muak ngan crita umich aku... kalau boleh cam semua benda pon aku nak relate to umich... sket2 "Masa kat umich dulu... " .. alih2.. "Masa kat ann arbor dulu... " .. kekadang aku ubah sket.. "Masa i still kat US dulu.. " ... habis tuh nak bt camna.. dah mmg aku leh relate ... takkan aku nak diam je tak.. huhuhuh. Pernah one time aku jerit 'Go Blue!' kat dlm keta masa ngan Khalis.. tak ingat lak apsal aku gi jerit.. but basically.. aku kena gelak cam org giler... ampeh tol.. siap kena cop poyo lagik.. nyampah haku. Ala.. takper.. poyo2 pon dia nak kawen ngan aku gak kan.. muahahahaha... yer.. konpem anda tak expect that statement kan? Too bad.. dah terlambat.. =P

Mari sambung buat keja.. tata.

Tuesday, May 08, 2007

Time Out

I need to cry... again. For a good reason this time... last time tak berjaya pon nangis. This time also tak berjaya nangis. Takdala pelik.. sbb dulu time kat AA pon byk kali je camnih. Desperate to cry for a good reason tapi ayaq mata takmau kluaq jugak. Takleh nak buat apa daa.

But then.. masa kat AA dulu... everytime rasa camnih.. aku akan kluar... take a ride to downtown... jalan2... belek2 barang.. pastuh gi main game kat pete's pinball.. pastuh take a ride to briarwood.. jalan2 lagik.. belek2 brg lagik.. beli pretzel, beli lemonade... jalan2 lagik.. pastuh baru balek rumah then tido.. kalau pas jln2 kat briarwood still tak puas ati.. akan gi shalimar or kedai2 makan mewah mahal gedabak yang lain and mentekedarah... takpon beli bobba then balek...

kalau kena weekends, leh kemas2 rumah pastuh mandi lama2, siap pakai mask sumer then baru kluar membuang masa...

now kat mesia.. bukannya takleh buat.. tapi since am not living alone.. taklehlaa nak bt camtuh... reasoning? malaih nak crita... toksah tanya. Tensennya.. camna nak nangis nih... !@#@!$!#$!#%!#$#!%

i miss my DDR and bobba nite... sob sob

Monday, April 30, 2007

Humanity

Begitu pentingkah kuasa dan pangkat...

Sehingga menidakkan hak dan emosi manusia lain?

Thursday, April 19, 2007

aku tgh sedih. Tapi aku pon tatau apsal aku sedih. I think it is one of those time that you just have to cry. aku agak2 sbb dulu kat umich selalu breakdown... then mebbe somehow body aku dah used to crying at least once a month. So since dah lama tak nangis.. secara automatik aku akan rasa sedih. so skrang nih aku kena cari sebab laa utk nangis. How aar?

aku rasa aku ada satu masalah attitude yang aku pon tatau bila aku develop. Sedar2 jaa dah ada. aku cepat annoyed dgn org2 yang aku rasa tannak pikir jauh. pikir yg surface2 ja pastuh buat assumption ntah hapa2. aku tak kisah kalau dia buat assumption pastuh tak kacau aku. aku serius tak peduli. dari dulu lagik aku mmg cuma kisah bila assumption tuh mengganggu hidup aku.. dan paling aku kisah kalau ganggu proses pemakanan aku. aku takleh org kacau kalau aku tgh lapar. selalunya bila lapar, aku akan moody dan otak aku takkan berfungsi dgn baik. aku jadi teramat laa malas nak berpk. ok.. ok.. back to the main topic. Org yg tannak berpikir jauh.

Am not talking about org2 yg pikir apa dia nak buat 5 taun akan dtg. Bukan jugak org2 yang merancang masa depan or anything of the likes. Aku tgh refer bila org memberi komen kepada AKU mengenai satu2 isu. Kekadang komen2 derang yg seperti komen org2 yg malas pk or in denial boleh buat aku sentaps dan menyampah. Kalau aku yg meminta komen.. takpa.. aku tak kisah. Nih kalau derang yg out of the blue memberi komen... very the annoying ok. Plus.. why me??!!!

kalau nak ckp pasal bimbo moment.. tuh aku tak kisah. Aku pon ada jaa bimbo moment. ekceli.. aku slalu jaa ada bimbo moment sbb malas nak pk. Tapi bimbo moment aku dgn org2 yg baik dgn aku ja.. aku tak buat bimbo moment ngan random people ok? Especially dgn org yg adalaa aku terserempak dua tiga kali ja. It is so wrong and so awkward ok. Unless kalau org2 yg rapat dgn aku pon ada di tempat kejadian.. itu kes lain laa.

lagi aku menyampah bila org buat statement yg aku rasa fake dan tak keluar dari kepala otak tapi more like keluar daripada skrip yang dia selalu dengar or baca. Kiranya statement tuh bukannya hasil daripada proses pemikiran sendiri tapi daripada hasil bacaan or hasil dengaran.. yang diambil sebijik2... kira cam pre-programmed laa. Kira cam bila ada satu2 isu or subjek tuh.. dia ckp camtuh sbb mmg itu yg slalu org ckp or yg org expect dia akan ckp or kalau dia cakap camtuh org akan pk dia bagos.

okiehlaa.. sebenarnya aku menyampah ngan sorang jaa.. sbb dia buat statement ntah hapa2. adalaa sorang mamat nih aku selalu terserempak ngan dia bila nak dtg ofc,
or balek ofc or bila nak gi surau. Sekali dua, aku be friendly jaa.. tannaklaa menyombong. Plus.. aku rasa no harm pon. Tapi lama2 aku rimas.. sbb slalunya bila on the way balik from ofc aku tanak bercakap ngan sesapa except for few ppl yg aku suka berckp dgn. and aku rasa this guy selalu bring up crap topics yg aku rasa dia takda benda nak berckp sebenarnya tapi nak jugak ckp.. so tuhlaa sbbnya timbul crap topics.

And hasil dari borak2 semua... dia taulaa aku dulu blajar kat US (aku tataulaa apsal org tak abih2 lagik nak tanya aku dulu blajar mana? does it matter anymore? aku bukannya student pon lagi.. dah kerja.. tanya aku keja kat mana ja takleh ke?). Pastuh suewnya... ada satu hari tuh aku tetiba nak dress ayu2... so aku pakailaa jubah seluar nih.. terserempak plak ngan dia yg baru balik from semayang jumaat.. mmg tensen aaa. Sepanjang jalan tuh terpaksalaa berborak. Then out of the blue.. dia buat komen..

"Awak nih tak macam org2 yg balek blajar from oversea laa..."

aku tau apa maksud dia.. dan aku teramatlaa tak suka. Sebelum buat statement.. guna otak dulu boleh tak?

"apahal?"

"yalaa.. slalu saya tgk org2 yg balik blajar from oversea nih dah tak rupa melayu dah.. pastuh nak speaking memanjang... tak reti dah ckp melayu"

serius masa tuh aku rasa nak terbang and terus sampai ofis. Tak kuasa aku nak ckp apa2 dah dgn dia. Skrang bila ingat balik pon aku rasa menyampah laa yang teramat. yeah right... 'slalu saya tengok'. tengok katner? TV? tgk drama? tgk filem crita yusry balek from mana ntah terbangak sbb mesia ada KLIA? tgk dalam novel2?

honestly.. aku rasa menyirap darah jaa. Especially sbb aku believe... setiap org tuh unik sebab takda org yg berlainan yg pendapatnya sama on setiap isu. Tapi takkan ada org.. yg dia sorang jaa pk mcm tuh utk sesetiap isu. Maknanya.. akan ada org lain jugak yg akan berkongsi opinion or pendapat yg sama dgn dia... cuma mungkin utk isu yg lain mereka berbeza pendapat. Paham tak?

so.. kalau dia nak buat statement konon dia rasa aku lain sbb aku reti ckp melayu dan still dressing cam org melayu... mmg agak ntah hapa2 laa.. sbb there are soooooooooooo many others yg macam tuh jugak. Plus aku marahlaaa.. berani plak dia buat statement camtuh padahal dia should tau yg aku mesti ada member2 yang blajar kat oversea gak.. takkan laa aku kera sumbang kot kan? So.. by making that statement.. dia seolah2 mengutuk member2 aku jugak.. apa dia ingat aku nak reply something like ..

"hmm.. bukan semua org mcm tuh..." sambil tersenyum malu2? ieee.. tolonglah.

chisttt.. aku sebenarnya nak nangis.. bukan nak marah. ampehlaa.