Monday, January 18, 2010

Today Is The Day....

That I found out I'm actually an introvert.

So people, I'm an introvert.. go figure and stop complaining. :)

Friday, January 08, 2010

pandangan berbeza

ada seorang pencuri.

anda boleh kata dia salah, atau dia betol.. bergantung kepada cara anda MAHU menilai dia. Tapi itu menurut apa yang anda MAHU percaya, sama ada berpadanan dengan apa yang BENAR. Jikalau tidak berpadanan, maka itu dikatakan IN DENIAL. Sejauh mana anda akan sedar anda IN DENIAL? Bergantung sejauh mana anda yakin dengan kepercayaan anda....


It's amazing... how people can be so desperate to fit in, to be perceived as modern, open-minded, smart, etc... macam lembu kena cucuk hidung....

It's sad.. there's like nothing you can say to change their mind..

Kalau dalam dunia programming, saya akan samakan otak mereka seperti 'dynamic_cast' machine ... any type of input akan menghasilkan output yg sama jenis seperti apa yg mereka mahu percaya... yang menggambarkan apa yg mereka mahu digambarkan...

haih.. donia.. donia... itulah yang dikatakan terlalu bijak. Bila dah tak dpt nak mengawal kebijakan, atau terlalu ghairah untuk menjadi bijak... sehinggakan.. :)

Tuesday, June 23, 2009

chist

bukak blog elly.
nampak bas biru itu.
tidaaaakkk!! nyesal den...

have to admit, past few weeks i've been through a very mild umich-sick. very mild coz everytime I think about umich, I'll try to think about something else, before my brain begin to list out all the things that I missed. Even when alisa mentioned on her blog that she missed AA, I can still keep my umich-sickness on the very-mild level. But an actual picture? an actual picture of THAT bus that says BURSLEY-BAITS? that's way too much... hwaaaaaa

Wednesday, June 17, 2009

Pusat Tahfiz Amal II

terkejut tgk 360 cover pasal nih tadi. sungguh kebetulan.

anyway, tersedar yg kalau anak2 org miskin yg kena tolong family tuh, derang tak mintak derma, derang kerja.

so i have to agree with mazidul, Pusat Tahfiz Amal should think of some other ways to collect funds.

contoh: part time jobs kat kedai dobi ke, restoran ke, seperti yg di-claim oleh someone yg ku kenal itu... dia dulu buat keja2 camtuhlaa... at least dpt kemahiran sambil dapat kumpul dana untuk sekolah dan jugak untuk perut dia jugak... hohoho

tapi yerlaa... ckp mmg senang... who knows yg derang mmg dah habis ikhtiar tapi tak berjaya... tuh aku malas nak ulas panjang... and just tolong apa yang mampu....

Monday, June 15, 2009

Pusat Tahfiz Amal

Ada satu hari tu, tgh isi minyak, ada sorang budak bagi salam, mintak derma untuk pusat tahfiz amal. Aku mintak phone no terus, sbb aku niat nak bagi lebih. Pastu, aku dah call mintak akaun no sumer, dah sedia pon nak transfer. Pastu tetiba aku cam lupa, pusat tahfiz nih anak yatim ke tidak.. walaupon aku rasa cam ye... tapi ada kemungkinan jugak bukan coz I've known someone yg bekas student pusat tahfiz camni, and bukan anak yatim pon.

So aku search.... agak terkejut aku jumpa article yg tak best pasal Pusat Tahfiz Amal nih.

aku rasa maybe ada a few yg susah nak terima anak2 kecil nih, gi merata2 minta derma.. aku dulu pon camtu jugak. Sekarang nih aku cam ala2 tau serba sedikit... baru aku paham... dan boleh menerima.. tapi tak semestinya org lain masih boleh terima. Samada benda tuh patot atau tak patot diterima, aku malas nak ulas panjang or berdebat panjang, sbb amik masa... and i don't have much time for that. So kalau ada yg nak berdebat... bolehlaa email je, insyaAllah kalau ada masa aku debat je, kalau takder aku forward to that someone, kalau dia rajin, dia layan ler korang debat... :)

secara ringkasnya begini:

- ada satu komuniti yg menyediakan makanan, tempat tinggal, dan pelajaran kepada golongan anak2 yatim nih.

- komuniti memerlukan belanja, sbb anak yatim bukannya sepuloh org je... tapi berpuluh2

- belanja of course banyak

- problemnya, kekurangan dana, jadi perlukan dana.. cukupkah derma org ramai? cukupkah sumbangan kerajaan? tepuk dada, tanya mata dan telinga...

- anak2 yatim nih rasa mereka pon perlu bantu komuniti nih untuk menyara kehidupan, dan pelajaran mereka jugak... ala macam kita tgk dalam bersamamu tuhlaa kekadang kan, anak2 org miskin terpaksa berhenti sekolah tolong mak bapak.. adakah itu satu bentuk penganiayaan? atau pon satu bentuk survival?

- anak2 yatim nih.. derang mintak derma pon bukan buta2 je, derang akan bagi barang, calendar, tisu, etc2... yg penting mereka berusaha mintak derma untuk survival mereka jugak...

- pada aku takda salahnya... daripada biar anak2 yatim tuh semua dok kat komuniti tuh, tidak terurus, lapar, takda buku nak belajar, dan bla2... disebabkan menunggu dana yg tak kunjung tiba, ada baiknya mereka keluar sendiri untuk mencari dana daripada insan2 yg takdalaa kaya mana nak hulur ribu2, tapi bolehlaa hulur sikit2, lama2 jadi bukit...

- walaupon sebenarnya, lebih molek kalau derang tak keluar, dan duduk je dediam kat pusat tahfiz tuh... tapi apakah itu suatu pilihan? aku rasa derang pon kalau boleh nak je duduk diam2 kat situ, and aku percaya guru2 mereka pon prefer camtu.. tapi aku rasa nih mesti dah desperate... makanya... terpaksa buat sesuatu yg sgt mengesiankan...

- tapi bila ada yg ckp amalan ini untuk memberi keuntungan kepada sesetengah pihak... Nauzubillah.. moga2 ianya tidak berlaku...

- sekian... :)

Sunday, March 15, 2009

huduh

ingatkan bila dah abis development, boleh work in normal pace. rupanya salah sama sekali. saya rasa, mereka nih semua gila. terlalu taksub dengan kerja, sampai lupa manusia adalah manusia. manusia bukan robot.

semalam agak memalukan. saya dapat call, diarahkan untuk bekerja. saya tengah makan kenduri dan mengendong nuha. saya sungguh marah. saya hilang kawalan. tetiba nuha dah kena pas ke abah nya. tetiba saya dah kat seberang jalan membebel2 on the phone. tetiba saya berulang alik lintas jalan sambil bebel2. pagi ni, masa tengah drive, baru saya tersedar, saya telah buat separa scene di tempat kenduri. disebabkan kerja. sungguh di luar jangkaan. ingatkan benda2 begitu hanya berlaku di dalam filem2. apa2 pon, ianya telah berlaku. semoga ianya tidak akan berulang lagi. alhamdulillah saya dah dapat keja baru.

saya tatau kenapa saya tak cukup jahat untuk buat bodoh dan tak angkat phone. saya tatau kenapa saya tak cukup berani untuk resign 24hours je, lagipon dah lama hantar surat resign, mengikut kata seseorang, kalau saya nak blah 24hours je pon tak apa, sebab dah lama bagi notis. tapi saya takut tak dapat gaji. tapi kalau tak dpt gaji, saya ada cara jahat untuk dapatkan gaji, tapi kalau boleh saya tannak buat kejahatan itu sbb saya budak baik. jadi saya konfius. konflik diri kaedahnya.

sekarang tensen juga. sebab saya tak boleh buat keja. sebab ada hal berbangkit. menyebabkan semua keja terpaksa dihentikan sehingga hal berbangkit diselesaikan. saya kecewa. sekiranya hal berbangkit hanya dapat diselesaikan pada pukul 5:00 petang. harus saya diarahkan berkerja malam. walaupon saya telah memaklumkan saya tidak dapat bekerja malam (saya tak suka kerja malam), tapi saya takut sekiranya saya dipaksa untuk bekerja malam hingga ke pagi. saya tak maaaauuuu. apa saya nak buat sekiranya itu berlaku nanti ya? haihhhhhh

Thursday, February 19, 2009

pissed

weekends at ****? sory laa... aku dah nekad tannak membodohkan diri lagik kena pijak and being treated like shit and not being appreciated for all the hard works.

shoot me if they have to. i won't come over this weekend. siap tak siap, lantak korang.. malas aku nak amik tau dah... dahlaa tinggal aku sesorang. kalau takda nuha, maybe aku terima je... tapi sbb ada nuha, sory naik lori laaa.

Tuesday, February 17, 2009

relieved

finally... dah abis development... yeaayyy!!!! lega sgt rasanya...

so now, tunggu for UAT (user acceptance test).. konfem ada bug... jadik, in the meantime aku try buat sendrik test untuk kurangkan bug... hopefully lepas nih leh keja on a normal pace... no more weekends at ****...

stress. project nih mmg sungguh meng'stress'kan aku... especially at the early stage... sbb semua huru hara... BIG mess.. sebab semua tak clear about the project.. no process flow, no system design... cuma ada user requirement sahaja... and they expect me to study the SRS and decide on my own... to make things worse... without all that stuff, development dah kena start.. on the first day I return after maternity leave... terkejut haku hokkaayyyy... seb baik dah abis pantang... kot tak mau meroyan dibuatnyeeerrrr

terlalu banyak flop dalam project nih.... semua sbb memasing tak da cukup experience (yours truly included)... tapi yg bestnya.. sbb aku nih kuli, so semua dicampaknya ke aku... but the good thing is... banyak yg aku belajar.. cuma sekarang part yg lemah sekali nak kena setelkan SDS... aduhai....

still... can't believe that I actually completed the task.. and finally got the chance to make friends with java. At least now I can claim that I know how to use websphere, and know the diff between java, jsp, js... though still unclear about j2ee...

oh well.. back to testing!!! daaaaaa.......

Monday, February 16, 2009

kesian dia...

terpaksa blog pasal benda nih...

sebelum nih pernah terasa nak blog pasal isu nih... tapi takda event berbangkit sebagai pemangkin..

beberapa saat yg lepas, telefon bimbit saya berbunyi...

suara perempuan, cara dia speaking, saya membuat kesimpulan dia berbangsa melayu...

dia speaking nak mintak email.. dia daripada satu company yg glamour nih. terpaksa dirahsiakan.

saya pelik, kenapa company nih nak mintak email saya... so saya speaking baliklaa... tanya kenapa nak email saya, untuk tujuan apa.

lah pulak, tergagap pulak dia nak explain, rimas saya dibuatnya. ada masa saya terpikir, entah2 dia tak paham. kesian dia.

saya tak paham... company itu, company gomen. bukan MIDA. cakap ajalaa bahasa melayu. awak melayu. saya pon melayu. mesti dia tau saya melayu sebab nama saya sungguh melayu. lainlaa kalau nama saya Tiara Jacobs.

jadi, akhirnya dia ckp, dia akan bertanya kepada bos dia, kenapa perlukan email saya. masa mula2 saya tanya, dia cakap untuk isi borang, saya tanya borang apa, dia pening pula. aduhai... kesian dia.

ni mesti kes bos dia nak mereka semua speaking. tak pahamlaa saya. kita tinggal di negara Malaysia. Bahasa Melayu adalah bahasa pertama. kenapa perlu takut2 nak gunakan bahasa melayu? selalunya bila terjadi kes yang sebegitu, saya akan cakap aje dalam bahasa melayu, tapi tatau kenapa tadi saya terlupa untuk berbuat demikian... kesian dia.

pada saya, bahasa inggeris perlu sekiranya untuk berkomunikasi untuk mereka yang tak paham bahasa melayu. Bahasa itu sendiri tercipta supaya kita boleh berkomunikasi antara manusia. Sekiranya tak dapat berkomunikasi, maka gagallaa fungsi bahasa itu. Dengan mempelajari lebih banyak bahasa, maka kita dapat berkomunikasi dengan lebih ramai manusia berbilang bangsa.

Tapi sekiranya kita gagal berkomunikasi dengan manusia sebangsa kita kerana kita cuba berkomunikasi menggunakan bahasa asing... tidakkah itu sesuatu yang pelik?

Tuesday, February 10, 2009

Happy!!!

good news. Got an interview on 26th Feb.

So happy that I actually have to blog about it!

lalalalalalala.. makes me feel like singing this song:

Tanya sama pokok, atas ada beruk,
beruk isap rokok, terbatok batok

apa boleh buat, taik kambing bulat bulat,
boleh buat ubat, cap orang kuat

mmg takda kaitan ngan interview, tapi sbb baru blajar last nite from hubby... and the song = happy song.. so since am happy, the song seems relevant laa... but instead of 'kambing', i want to use 'company name' instead.. hahahaha (yes, it's funny)

but quite nervous coz i desperately want to nail this job. From past experiences, when I really want the job, I'll be stupidly nervous during the interview, and the result is disaster. They want some C++, and it has been 4 years since I last practice c++... and that was during college years.. so no experience using c++ in real projects. real as in during career years.

anyhoo.. will try my best to prepare for the interview... got to nail the job... have to!!! wish me luck....

p/s: saintis kreko, still berminat ngan job comp member ko tuh... aku dah tinggal private comment kat blog ko, nnt kita discuss further kat email laa ek... tq pak cik!! :D

Thursday, February 05, 2009

to stay or not to stay

Setelah dilayan seperti kuli batak since the first day aku keja lepas maternity leave, aku decided untuk resign (2 months notice). Bukan sebab keja sebagai kuli batak je.. tapi byk reason2 lain lagik.

Make it short, kalau semua org nak stay, and aku nak blah, then there's something wrong with me laa. Tapi kalau semua org nak blah, and aku plak nak stay... there's something wrong with me and the company laa. Paham ke?

tapi dalam ekonomi yg tak berapa menarik nih... aku agak takut2. Actually nya... sekarang aku patot keja bersungguh2 sbb keja sangat byk. Tapi since baru lepas dpt call from agency, buat aku terfikir jap pasal nak resign or tak nih. Yerlaa, dia ada mention sekarang susah nak dpt keja, so jgn laa demand sgt (chistt.. aku rasa aku takdalaa letak expected salary tinggi mana pon... standard biasa2 je). Bila dah dia kata cenggitu, risau plak aku... sekarang nih aku hantar surat resign tapi still tak dpt keja baru lagik... reason: sbb company tgh aim new project yg lagi tak unrealistic from the current one. so confirmlaa kena keja cam kuli batak lagik.

Tannak dah aku... hari2 amik nuha lambat... angkut nuha dtg opis buat keja weekend, tinggal nuha kat umah parents/in laws... ieee... tannak dah aku. so, aku nak benti jugak... tapi sekarang dalam dilema... boleh ke dpt keja? aku ckp ngan khalis... rezeki ada di mana2... worst case scenario, aku keja kat hypermarket jer laa kot... boleh ke?

Thursday, August 07, 2008

kereta, ann arbor dan baby

"apa benda tanah kat belakang kereta tuh?"

tuh sms yg khalis hantar kat aku pagi tadi. aku pelik laa, tanah kehapalaa plak. Sekali masa nak pegi opis, aku usyalaa belakang keta nak tgk tanah pemenda. Rupanya bukan tanah. Tapi cam rupa muntah je. yup... muntah.

..............................

........................

.......

hwaaaaaa!!!! ada muntah kat belakang keta aku!!! yerlaa.. mmg keta tuh dah kotor giler pon... ntah bila nak gi basuh, asyik delay jer... nak buat camna... dah umah bukan atas tanah... takleh laa nak basuh membasuh... aku rasa tuh muntah kucing, agaknya bagi sign suruh kitorang gi cuci keta cecepat sbb dah huduh sgt. so harinih aku akan singgah memana auto car wash and cuci.

One of the reason aku tak suka hantar pegi car wash sbb aku cerewet. Aku nak gi tempat yg bersih and murah. Bersih as in org yg mencuci tuh baju dia cam bersih and dia pon cam bersih and jaga kebersihan. Ada satu kat pasar shah alam... tapi tuhlaa... asyik delay je nak pegi.

Reason aku cari yg bersih sbb aku tak suka sebarang orang duduk kat driver seat... kiranya kalau aku tgk baju dia kotor smacam, hitam smacam.. pastu dia pon sama slebet smacam nnt aku terbayang2 semua germs tuh merebak ke seat keta, ke stereng keta dan seterusnya sampai kat aku jugak.

tapi aku dalam proses untuk menerima laa... sbb cam lagik senang hidup kalau aku terima ja. Same case gaklaa before this memana bag or barang2 yg dah diletak atas tanah or atas jalan tar or atas lantai parking, kira kat tempat org pakai kasut laa.. aku takkan letak atas seat keta. tapi since kawen it seems that payah aku nak control khalis untuk amalkan benda yg sama gak... so lelama aku redha laa... plus aku takda reason yg cukup kukuh untuk khalis ikot pantang larang aku tuh.

tadik dpt call from pakcik aku. cousin aku nak fly gi states esok.. so dok tanya aku macam2 laa... mesti dia excited sama macam aku excited masa nak fly dulu. Or mungkin juga tak.. sbb masa aku nak fly dulu ada gak yg nangis2 kat airport. Aku dulu excited gila.. tersengih2 kat airport. Pastu aku gatal tangan gi usya web Penn State (cousin aku gi situ bersama2 dgn 42 other malaysians.. gila ramai kan??!!). Tetiba aku terkena ann arbor blues balek... chist. Ntah bila laa aku akan ada chance untuk visit Ann Arbor... tapi skrang kalau pegi mesti tak best sgt... aku suka jejalan masa spring... fresh air and weather yg super duper best...

harinih aku masok after lunch... half day... sbb pagi tadi sakit pinggang/blakang... so aku malas nak drive... smalam dah experience dirve masa tgh sakit pinggang/blakang.. gila tak best. Berdebar betol nak merasa camna sakitnya contraction. Skrang bila kena Braxton-Hicks contraction pon aku rasa dah sakit... kalau the real contraction tataulaa camna.

plus kaki aku dah bengkak... ingatkan takkan bengkak. Gila buruk rupanya bila kaki bengkak. Plus sakit. Aku dah takleh jalan lelaju.. kena slow ala2 gadis ayu. Kalau laju sikit samada kaki aku sakit or sakit kat vagina. Ngilu and kekadang rasa cam sakit yg menyucuk2. So aku rasa cam nak start awal jer cuti.. most probably Isnin depan.. tak larat nak tunggu Rabu... dah naik malas nak drive and berlenguh2 kat office nih.. kot ada bilik yg leh baring2 takpa gak.

barang baby dah abis shopping. Kot. Hopefully laa... sbb aku dah pokai dah nih. Benda last beli: breastpump.. Spectra 3. Perasaan yang sungguh best bila akhirnya berjaya beli spectra 3. Dah lama gila aku tak beli gadget... last one would be my Casio Exilim... bought in 2005 rasanya... gila lama kan? 3 taun tuuuhh before aku beli new gadget. Am so proud of myself. Hnnsssss

Wednesday, June 18, 2008

budget oh budget

actually smalam aku ada buat new post, letak layout budget aku lepas rega minyak naik... tapi cancel sbb tak jadilaa nak exposed and let ppl know brapa aku save every month... heheheh

anyhooo... aku still nak komen sket pasal layout budget yg dinna quote from

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/8873/84/

QUOTE
” I used to earned RM 3800 back in 2005 and I am already barely make it.

Salary RM 3800
EPF/Tax/Sosco RM 600
Petrol RM 300 (my office is in Shah Alam and I stay in Bandar Utama)
Toll RM 60 (RM 40 for 5 working days, RM 20 to travel out to places)
Parking RM 40
Car Service RM 100
Food RM 500 (working days - 20 days in a month, breakfast 5, lunch 8 and dinner 12)
Food RM 200 (weekends)
Car Installment RM 700 (I am driving Proton Wira manual 1.3cc)
Parents RM 200
Sister RM 100
Insurance RM 300 (car and medical insurance)

UNQUOTE

aku quote sket jer.... lelain summary:

1- dia single, stay with parents

before that.. aku nak tegaskan... yang aku tau mmg ada org barely survive even with high salary... tapi contoh layout budget di atas nih aku rasa agak ridiculous laa...

honestly.... naper food on weekend leh cecah sampai RM200? tak ke ridiculous namanya tuh? plus stay with parents? kat rumah tak pernah masak ke? everynite eat out? RM12 sorang? aku ngan khalis pon selalu eat out... makan boleh tahan mewah gak... tak pernah cecah RM10 sorang.... aku pon stay kat Shah Alam gak... siap ulang alik shah alam - kl lagik, keta 1.5.. auto plak tuh...
tapi bila aku calculate balek budget tuh.... sum up to RM3100 je... tak sampai RM3800 pon... hehehe

anyway... pasal gas naik nih aku rasa agak ridiculous nak boikot sana sini and what not... and lagi ridiculous bila ada yg refused untuk ubah cara hidup and berkeras nak kerajaan rendahkan harga minyak... malas nak komen byk.. takot nanti naik plak BP... hehehehe

aku pon kekadang rasa sesak gak... tapi selagi every month leh ada savings... then aku kira okiehlaa tuh.. plus, bila benda2 dah melibatkan global nih payahlaa aku nak ckp byk... unless laa kalau benda tuh melibatkan mesia je... contoh: rega tol

cuma pada aku.... selagi org tuh mampu lepak minum starbucks, mampu shopping baju, kasut baru even though still ada baju, kasut yg elok dipakai, mampu travel sana sini, mampu keluar main bowling, tgk wayang, mampu makan eskrem baskin robbins, mampu lepak exclusive restaurants, mampu pakai aircond, mampu langgan astro, mampu pegi saloon, spa and what not... then aku rasa their life is not that bad at all... takdalaa sesak pon... count your blessings... insyaAllah rezeki itu ada di mana2..

Wednesday, April 16, 2008

@&$*^@&$%^

I hate him... I HATE him... I HAAAAAAAAAAATEEEEEEEEE HIM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

you;re so lucky that i'm pregnant.

Monday, March 31, 2008

Drama King

Adeih... selalunya aku boleh ignore je kalau ada colleague yg memenyampahkan... or paling2 pon aku just bising2 to my girl friends jer... tak pernah lagilaa seingat aku .. aku actually blog about it. Tapi kes nih mmg kronik... and sangat memenyampahkan coz this particular colleague nya cubicle seblah aku jer.. and EVERYTIME dia masok opis konpem kecoh.. coz he's the kind that make an issue out of EVERYTHING(well.. almost). Even nak berak pon satu opis kecoh... aku peniinnnngggggg. Tapi before this aku leh cope lagiklaa... sbb aku ada headphone... so everytime dia masok keja je.. aku pakai headphone and pura2 tak dgr apa2 benda yg dia ckp or bebel.. so agaknya dah slalu sgt dia nak bercerita tapi aku buat2 tak dgr.. lama2 dia pon malas and tukar target to another colleague of mine yg duduk setentang ngan dia...

tapi yg buat aku bengang harinih... sbb taktik aku utk tannak layan dia bebel gagal... sbb dia dgn beraninya pi ketuk lengan aku semata2 nak suruh dgr citer dia dpt job offer dari competitor... actuallynya dia bengang ngan big boss... so point dia simple je... nak citer laa yg dia dpt offer job lagik bagos and the big boss should watch out and jgn memain ngan dia (yer... dia ckp macam tuh). Aku serius malas giler nak layan... like i care laa kan.. dah org pakai headphone tuh paham2 jerlaaa org malas nak dgr... boleh tak gi tepuk2 lengan plak nak suruh org dgr citer ko... dahlaa ko tuh lelaki.. kecoh tol.. sungguhlaa tak kelelakian. Dahlaa tak pernah reti ckp slow2... asal bukak mulut satu opis boleh dgr... pastuh bebel tak brenti... pening kepala aku.. lama2 agaknya boleh pekak aku nih sbb makin hari makin kuat volume itunes aku.. ieee...

Monday, March 17, 2008

wishlist

Baroque
Persona 3
Disgaea: Hour of Darkness and Disgaea 2 (yg nih cam kena order from the states je.. huhu)
Arcana Heart
Bully

Sunday, March 16, 2008

ps2 and politic

one thing yg aku miss pasal stay in US is that kalau terasa nak main game lama2... no hal jer.. konpem ada yg jual... so tak kisahlaa ko ketinggalan setaun dua.. takda hal nya..

tapi kat mesia nih kena cepat and sentiasa up to date... kalau terlambat... mampuih laa nak carik unless game tuh glemer gila laa kot.. tapi God of War pon dah takda jual skrang.. yg ada GOW2 jer... uhuhuhuhuh

ampehlaaa... sedih betol... mana laa aku nak carik game2 lama nih... nak beli yg ori from the states not sure laa worth it or not... yerlaaa income in RM maa.. kalau income is USD lain lerr crita... uhuhuhuhu

even game utk GBA yg lelama pon dah takda... sedih nyerr... game2 baru cam takda yg menarik.. yg menarik sumer utk DS .. takpon utk PS3 ... ouwhh.. speaking of DS... ntah camna the other day aku termimpi ada game boy baru... rupa luaran ala2 GBA SP, tapi bila bukak.. jadik 3 screen tuuuhh.. bukan double lagik dah.. triple.. lawaaa lak tuh... tapi mimpi jerlaa... heheheh

crita lain plak.. pasal politic kat mesia nih.. aku rasa Politician nih byk yg tak pk dulu laa before ckp... aku pon slalu gak tak pk dulu before ckp.. tapi aku bukan politician maa... and aku tak ckp sampai satu mesia dgr maaa... ini org2 politician tarak tau rasa malu kaa? aiyaaa... memula kes LKS, pastuh shahidan plak... haiyaa... memula BN kata kan BA... now BN pon sama jer... in fact, BN nih tak reti2 nak blajar muhasabah diri ker.. cubalaa duduk dediam and perbetulkan apa yg tak betul dulu.. ini sebuk jeerrrr nak tuding2 jari silap org lain... haiyaa..... PRU13 nnt ntah camna laa agaknya...

Thursday, March 13, 2008

the aftermath

ilmu politik aku cetek jer... so i won't say much about what's happening to the country right now... but one thing for sure am not happy with what's happening in Penang and Perak..

even pasal DEB pon takleh ckp byk sbb aku tatau apa yg betol2 terkandung dalam DEB.. but i do believe terhantarnya aku ke ann arbor under scholarship JPA adalah salah satu drpd manfaat DEB... tataulaa betol ke idak... and i don;t think i like the idea of 'Malaysian Malaysia' either....

Monday, February 25, 2008

caca marba

1 - saya terkejut bila khalis crita ada some of his lecturers yg insult student depan2 kelas... ada setengah siap baling2 dusters. tataulaa kat univ lain camna... but seingat aku dulu.. tak pernah lagiklaa experience lecturers treat students camtuh.. dahlaa lecturer yg buat prangai camtuh bukan title prof pon... aiyoohh. kalau setakat bagi negative remarks on your works tuh yerlaa kan... tapi insult macam 'awak nih dah kronik' ... and ayat2 perli2an yg semakna dengannya cam tak sesuai je kluar from mulut seorang pendidik especially lecturer laa...

2 - saya sgt nak benti keja sbb saya sgt tak larat nak travel pegi balek dan saya miss nak minum2 ptg di rumah. plus sejak syarikat ini berkembang... syarikat ini dah jadik tak best. tapi disebabkan saya ada liabiliti - kereta dan juga expecting ahli baru in the family this coming august... makanya saya terpaksa berpk byk kali sebelum benti. tapi rasanya saya akan benti jugak keja and start looking for a new job.

3 - pada hari jumaat dan sabtu yg lalu bersamaan 15 dan 16 februari 20008, syarikat telah menganjurkan aktiviti team building di colmar tropicale, bukit tinggi (boring giler tempat tuh weihss... toksahlaa pegiiii.. cameron lagik best). yg bosannya team building tuh lebih kepada nak motivate bebudak sales je... kitorang yg lelain nih ala2 watak sampingan yg terpaksa join aktiviti berunsurkan sales yg tak best. tapi ada one part yg saya takleh trima and takleh lupa... ialah apabila MD saya buat statement.. bebudak sale pasnih kena add 'Personal Touch' bila deal ngan client... huh? 'Personal Touch'? aiyooh....

Wednesday, November 14, 2007

wedding part 1

byk benda nak citer... tapi biasalaa.. bila dah byk benda pk... terasa malas nak type coz dunno which one yg nak di story mory

byk gak yg ckp aku nih kawen mengejut.. mostly nya member2 skolah yg jarang keep in touch / tak pernah keep in touch... sbbnya aku takda berita tunang or tempek2 gambar kat friendster. Aku nih paranoid sket.. matter of fact... there were times yg aku rasa aku nih takleh ckp byk about benda2 yg belom jadik.. otherwise, benda tuh takkan jadik. And aku takleh terlalu berharap for something to actually happen.. otherwise benda tuh tak akan jadi. So masa nak berkahwen nih pon.. aku mmg malas nak ckp banyak and try not to be so excited of it... coz aku risau kalau benda tuh tak jadi... everyday mesti doa mintak Allah jauhkan dari perkara2 buruk and mintak2 semua berjalan lancar.. tatau apsal aku risau sangat.. am just worried. Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz, sah jugak aku jadik bini orang pada 26 Oktober 2007 lalu. Tuh pon masa dengar khutbah nikah, penat aku mintak doa moga2 aku boleh jalan lepas bangun from bersimpuh. Giler kebas kaki weiiihh... sebelah kaki aku mmg tak rasa apa aa.. numb abis. Tapi ntah camna.. biler lepas abis lafaz tuh, kaki aku berpeluh and pastuh dah ilang kebas... seb baek... huhuhuhu

Ah yer... to those yg tertanya2... aku takda majlis tunang... but masa merisik arituh dikira tunang sekali aahh... on 11 Februari 2007.

Sebelum majlis... aku dok tunggu gak biler agaknya aku akan gaduh besar ngan khalis sampai terasa cam tannak kawen... tapi takda lah plak. Gaduh besar samapi nak break mmg pernah.. tapi tuh before bertunang.. huhu. Still... perasaan almost tannak kawen tuh mmg ada. I know am not good at doing house chores. Aku nih pemalas. Tau sangat. Malas masak, malas basuh baju, malas sidai baju, malas iron baju, malas bangun pagi. Aku juz rajin kemas rumah and cuci mencuci jer. Knowing that after kawen aku takleh malas2 lagi... agaknya tuh pasal aku takot. Seb baek lepas kawen ntah camna.. aku leh terajin dgn sendirinya.. tuh pon takdalaa rajin nau... seb baik khalis jenis ringan tulang... hubby aku rajin buat keja umah, basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, siap tolong masak lagik... jgn jeles.. muahahahahaha. Tataulaa sampai biler dia nak rajin nih... so better enjoy it while it lasts kan? hehehehehe.

Best kawen nih.. terasa cam baik jer aku nih... macam baru lepas balek from kem motivasi.. hehehehehe. Slalunya kalau lepas balek from kem motivasi/summer camp, paling lama aku jadik budak baik (rajin, tak terbabas solat dan pelbagai ciri2 budak baik yg lain) 2 minggu. So skrang nih tataulaa brapa lama aku akan jadi budak baik.. wait n see jerlaa... lalalalala

Nanti sambung part 2 plak.. tata

p/s: saya belom pregnant.. =)