Sunday, August 05, 2007

Bahasa Malaysia?

Hari nih aku baca utusan online... kat ruang forum ada org ckp pasal komen sorang student indonesia kat malaysia nih.. pasal penggunaan bahasa melayu/malaysia yg kurang kat mesia nih. Walaupun takdalaa terkena gila... tapi sipi2 nya tuh adalaa. Tapi yang paling sedih, sebab aku pernah terpk pasal benda tuh, tapi aku buat jugak... takdalaa all the time, tapi kekadang tuh yer. Nak guna 100% bahasa melaysia tuh cam dah jadik payah.. mesti ada gak selit2 perkataan english sana sini.

Paling obvious sekali aku rasa, bila byk keluarga zaman sekarang berlumba2 nak ajar anak ckp english kat rumah.... aku rasa benda tuh tak perlu. Lagi perlu ajar anak tuh ckp bm... supaya dia tak memalukan diri sendiri sbb tak fasih berbahasa melayu mcm Sharifah Amani. Aku rasa kalau aku kat tempat Sharifah Amani, sungguh memalukan sbb ko terpaksa bercakap bahasa inggeris sbb ko tak fasih cakap bahasa melayu, sedangkan ko warganegara Malaysia, dan mengaku anak melayu. Di depan hampir seluruh rakyat mesia pulak tuh. Sayang, sbb ayat dia disalah tafsir, dan org lebih memberi perhatian kepada tafsiran yang salah tu daripada masalah yg sebenarnya.

Sedih... bila seseorang yg mengaku melayu, berterus terang tak fasih bahasa melayu dan lebih fasih berbahasa inggeris, ianya dianggap kelakar. Tapi bila seorang yg mengaku melayu, tak fasih berbahasa inggeris, dan fasih berbahasa melayu, ianya dianggap memalukan. Same goes to org cina ke org india ke... sama jer.

Sedih.... bila seseorang yg fasih berbahasa inggeris, dan sentiasa bertutur dalam bahasa inggeris, dia dianggap golongan berpelajar dan taraf yg lebih tinggi. Tapi bila seseorang yg sentiasa bertutur bahasa melayu, dia tidak dianggap sebegitu.

Sedih.. bila dah terang lagi bersuluh aku nih seorang melayu, dan org yg menegur pon terang lagi bersuluh seorang melayu, tapi aku disapa dalam bahasa inggeris, aku pelik. Kenapa tak bertutur dalam bahasa melayu je? Nak kata dia kena praktis bahasa inggeris, fasih jer aku dgr. Pada aku kepentingan bahasa inggeris ialah sebagai bahasa pengantar, bila ko nak kena berkomunikasi dgn org yg tak faham bahasa pertama ko atau org yg mmg tak fasih berbahasa pertama ko. Malangnya, sekarang nih banyak sungguh org melayu yg tak fasih berbahasa melayu dan lebih selesa berbahasa inggeris. Bukan melayu je, org cina, org india pon sama jer aku tgk. Aku tak paham dan aku sedih.

Lagi aku sedih... kalau ada org yg baca tulisan aku nih... akan mengatakan aku kolot... sangat sedih... bila agaknya org Malaysia akan sedar? Bila agaknya kita akan betul2 merdeka?

2 comments:

Ayun S. said...

uiyo ayat ko yg terakhir tu mmg semangat! yeah semangat merdeka! :p

faidhi said...

saya pulak jeles dengan orang yang terer cakap inggeris...sebab saya cakap melayu terer...yelah mak bapa saya education tak tinggi sangat...

tapi, skrang cakap inggeris bolehlah sikit2x...bolehlah survive dalam community yang berbahasa inggeris...tapi still nak asah bahasa inggeris sy nie..:)