Monday, June 15, 2009

Pusat Tahfiz Amal

Ada satu hari tu, tgh isi minyak, ada sorang budak bagi salam, mintak derma untuk pusat tahfiz amal. Aku mintak phone no terus, sbb aku niat nak bagi lebih. Pastu, aku dah call mintak akaun no sumer, dah sedia pon nak transfer. Pastu tetiba aku cam lupa, pusat tahfiz nih anak yatim ke tidak.. walaupon aku rasa cam ye... tapi ada kemungkinan jugak bukan coz I've known someone yg bekas student pusat tahfiz camni, and bukan anak yatim pon.

So aku search.... agak terkejut aku jumpa article yg tak best pasal Pusat Tahfiz Amal nih.

aku rasa maybe ada a few yg susah nak terima anak2 kecil nih, gi merata2 minta derma.. aku dulu pon camtu jugak. Sekarang nih aku cam ala2 tau serba sedikit... baru aku paham... dan boleh menerima.. tapi tak semestinya org lain masih boleh terima. Samada benda tuh patot atau tak patot diterima, aku malas nak ulas panjang or berdebat panjang, sbb amik masa... and i don't have much time for that. So kalau ada yg nak berdebat... bolehlaa email je, insyaAllah kalau ada masa aku debat je, kalau takder aku forward to that someone, kalau dia rajin, dia layan ler korang debat... :)

secara ringkasnya begini:

- ada satu komuniti yg menyediakan makanan, tempat tinggal, dan pelajaran kepada golongan anak2 yatim nih.

- komuniti memerlukan belanja, sbb anak yatim bukannya sepuloh org je... tapi berpuluh2

- belanja of course banyak

- problemnya, kekurangan dana, jadi perlukan dana.. cukupkah derma org ramai? cukupkah sumbangan kerajaan? tepuk dada, tanya mata dan telinga...

- anak2 yatim nih rasa mereka pon perlu bantu komuniti nih untuk menyara kehidupan, dan pelajaran mereka jugak... ala macam kita tgk dalam bersamamu tuhlaa kekadang kan, anak2 org miskin terpaksa berhenti sekolah tolong mak bapak.. adakah itu satu bentuk penganiayaan? atau pon satu bentuk survival?

- anak2 yatim nih.. derang mintak derma pon bukan buta2 je, derang akan bagi barang, calendar, tisu, etc2... yg penting mereka berusaha mintak derma untuk survival mereka jugak...

- pada aku takda salahnya... daripada biar anak2 yatim tuh semua dok kat komuniti tuh, tidak terurus, lapar, takda buku nak belajar, dan bla2... disebabkan menunggu dana yg tak kunjung tiba, ada baiknya mereka keluar sendiri untuk mencari dana daripada insan2 yg takdalaa kaya mana nak hulur ribu2, tapi bolehlaa hulur sikit2, lama2 jadi bukit...

- walaupon sebenarnya, lebih molek kalau derang tak keluar, dan duduk je dediam kat pusat tahfiz tuh... tapi apakah itu suatu pilihan? aku rasa derang pon kalau boleh nak je duduk diam2 kat situ, and aku percaya guru2 mereka pon prefer camtu.. tapi aku rasa nih mesti dah desperate... makanya... terpaksa buat sesuatu yg sgt mengesiankan...

- tapi bila ada yg ckp amalan ini untuk memberi keuntungan kepada sesetengah pihak... Nauzubillah.. moga2 ianya tidak berlaku...

- sekian... :)

4 comments:

ita mohd said...

salam...saya amat setuju dengan komentar encik.saya pun pernah jumpa budak budak ni. depa kata jualan amal sunnah nabi sebab nabi masa kecik dah berniaga ke syam ke madinah..katanya latih jiwa jadi kental dan tabah.memanglah orang akan caci maki kalau tak dapat terima cara ni. betul macam encik cakap. apa choice mereka ada.mereka kena berdikari untuk bangunkan diri mereka sendiri.sape yang faham akan beri sokongan.

mytrajet74 said...

salam, Talam cuma berdoa agar apa yang didermakan digunakan ke jalan yg benar dan semata-mata utk Islam...actually talam kasihan melihat anak2 ni bersungguh-sungguh memohon derma tapi rasanya adalah lebih baik jika guru2 mereka juga mengambil bahagian dgn memohon penajaan atau ikut sekali ketika anak2 ini bekerja keras meminta derma...

arzahari said...

assalamualaikum , saya baru beri derma sejumlah rm 10 semalam di taman ria sungai petani...adakah tahfiz ini betul betul ujud/

Mrs.Anje @ FaiiYatt said...

salam, saya pun baru jer derma RM10 kat sorang pempuan ni siap jual madu lagi, katanya dari PUSAT TAHFIZ AMAL, YAN KUALA KEDAH..yang peliknya dia kutip derma kat Perhentian DENGKIL..