Monday, February 16, 2009

kesian dia...

terpaksa blog pasal benda nih...

sebelum nih pernah terasa nak blog pasal isu nih... tapi takda event berbangkit sebagai pemangkin..

beberapa saat yg lepas, telefon bimbit saya berbunyi...

suara perempuan, cara dia speaking, saya membuat kesimpulan dia berbangsa melayu...

dia speaking nak mintak email.. dia daripada satu company yg glamour nih. terpaksa dirahsiakan.

saya pelik, kenapa company nih nak mintak email saya... so saya speaking baliklaa... tanya kenapa nak email saya, untuk tujuan apa.

lah pulak, tergagap pulak dia nak explain, rimas saya dibuatnya. ada masa saya terpikir, entah2 dia tak paham. kesian dia.

saya tak paham... company itu, company gomen. bukan MIDA. cakap ajalaa bahasa melayu. awak melayu. saya pon melayu. mesti dia tau saya melayu sebab nama saya sungguh melayu. lainlaa kalau nama saya Tiara Jacobs.

jadi, akhirnya dia ckp, dia akan bertanya kepada bos dia, kenapa perlukan email saya. masa mula2 saya tanya, dia cakap untuk isi borang, saya tanya borang apa, dia pening pula. aduhai... kesian dia.

ni mesti kes bos dia nak mereka semua speaking. tak pahamlaa saya. kita tinggal di negara Malaysia. Bahasa Melayu adalah bahasa pertama. kenapa perlu takut2 nak gunakan bahasa melayu? selalunya bila terjadi kes yang sebegitu, saya akan cakap aje dalam bahasa melayu, tapi tatau kenapa tadi saya terlupa untuk berbuat demikian... kesian dia.

pada saya, bahasa inggeris perlu sekiranya untuk berkomunikasi untuk mereka yang tak paham bahasa melayu. Bahasa itu sendiri tercipta supaya kita boleh berkomunikasi antara manusia. Sekiranya tak dapat berkomunikasi, maka gagallaa fungsi bahasa itu. Dengan mempelajari lebih banyak bahasa, maka kita dapat berkomunikasi dengan lebih ramai manusia berbilang bangsa.

Tapi sekiranya kita gagal berkomunikasi dengan manusia sebangsa kita kerana kita cuba berkomunikasi menggunakan bahasa asing... tidakkah itu sesuatu yang pelik?

1 comment:

Lisa Lisa said...

tiara jacobs?hahahaha aku tersedak..sbb nama tu tiba2.